Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata
kail, hendaklah kamu mengambil
ikan itu.... Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air
begitu saja.... Kerana ia akan
SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup
Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada
seseorang..
Setelah dia mulai
MENYAYANGIMU hendaklah kamu
MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh
kenangan bersamamu dan
mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia
mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah
berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar
KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba
memperbaikinya mungkin ia masih
dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah
kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan
KESILAPAN bukan mudah bagi
kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi
hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi... yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat. Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari makanan
yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu
akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah
bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN
kepada dirimu. MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan
yang lain.
Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan
KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...
JANGAN TERLALU MENCARI
KESEMPURNAAN
~copy write~
No comments:
Post a Comment