pic

pic

Saturday, July 31, 2010

Surat Ayang untuk Abang~~♥

Dear abang

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini…. kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam….. abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance…ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG


εїз .¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•εїз˙(✿◠‿◠)...
~copy write~

WARKAH BUAT HAWA..


HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.......Peliharalah diri kita.....
~copywrite~

aku,kawan dan wanita..



hmm...cmne ek nk mula.jap2 carik adea..hehe
serius la skit nk wat sesuatu.men2 je.memanjang ish2.

sejak akhir2 ini.
selalu je terasa ngn kawan2.
walaupun kawan xpnah memahami
tp hati nie sentiasa syg kwn.
kecik hati ke ditikam belakang ker,
ape pon bruk kwn wat kepadaku aku sentiasa memaafkn kerana manusia itu
sering terlupa dan seringkali melakukan kesilapan.
aku pon nk mintak maaf andai aku ada salah silap.
terkasar bahasadan mcm2 lg.
dalam hati ini sentiasa ada hati kawan2.
umpama kata2 Rasullullah :-
"sayangilah sahabat kamu sebagai mana dirimu sendiri"

selaku kawan,aku akan sentisa mampu selagi khudrat yg ada.susah senang biarlah bersama2.
jd lah seperti matahari bersinar menerangi di siang hari,walaupon ada membenci tp teruskan melakukan kebaikan kepada semua.

hmm..wanita.
kaum yg lemah.dan sebagai adam aku xmampu melihat hawa kesedihan.
kadang2 takot seolah2 mengambil kesempatan.
pengalaman byk mengajarku menjadi khalifah dan bertanggungjawab.
tetapi aku belum bersedia memimpin kaum hawa walaupon seorang..
mgkin selaku kwan aku tidak memilih dan sentiasa membantu.
kadang2 takut nk tolong sbb hatiku mudah tertarik
apabila tertarik aku akan berlari menjauhkn diri,sejauh2nya,
aku sentiasa menundukkan wajah ku apabila berjumpa wanita.
takot dan malu atas sejarah silam yg sering menghantui,
kadang2 terlepas dendam kepada mereka2 yg xbersalah.
mintak maaf ek..
entah la hati ini sunyi,
ingin mencintai wanita tp belum bersedia
menjadi khalifah sedangkan diri terumbang ambing.
sampai masa jodohku dan ajalku akan tiba.=)
tp sbagai adam aku sentiasa ada kepada hawa jika dia perlukan bantuan dan sokongan.



dear hawa,
"mintak maaf..sy tak dapat memahami wanita..hmm..sory ek.klu saper terasa@touching@emo ngn sy..dengan ini sy berjanji sy akan berubah menjadi pecinta wanita.. =) hehhe"

iklas dari,
adam hazry (~_~)v

Monday, July 26, 2010

RAHSIA KELAHIRAN DALAM KALENDAR ISLAM



RAHSIA KELAHIRAN DALAM KALENDAR ISLAM

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan: -
Lupa tarikh lahir islam anda…?

http://www.islam.com/islamicdates.asp
http://www.oriold.uzh.ch/static/hegira.html



Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Wednesday, July 21, 2010

TUDUNG......


KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur
annisa,
seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar
dan suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke
rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan
pula ibu merupakan
guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang
terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung.
Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali
berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa,
adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba
mama tengok,
jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai
tudung, tapi perangainya
sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan ani kat
sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend
diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak
pakai tudung, tak
pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir
malam.
Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya
Allah, kenalkan annisa
dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah
berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang
masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa,
tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas
desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga
ada yang menggelarnya
si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia
bertanya kepada saya,
"abang, betul ke orang yang baru pindah itu,
isterinya buta, bisu dan
tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau
sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil
serius kata-kata saya
dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah
mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar
mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu
menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu
buatkan tudung. tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan
panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada
Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan
ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman
wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang
tidak tentu arah... saya
lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah
Islam (biasanya dia
suka beli majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya,
solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila
kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai
Allah, jerit hati
saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk
bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak
CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik
sakit tenat hingga ibu
memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di
Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada
Allah SWT agar adik di
beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah
ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari
masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera
menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu
memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir
hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan
lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak
sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik
menghabiskan waktunya
sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu
saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang
menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang
dari rumah Abu
khoiri..di
situ tertera soaljawab antara adik dan isteri
jiran kami itu.
Butirannya
seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat
banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi
masih kelihatan
cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya
keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang
boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu
menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa
tak ada masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi
kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga
hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT
nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita
bertudung yang
kelakuannya
tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi
hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan
muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan
bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada
Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang
mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari
mencium segala yang
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari
berbuat sesuatu yang tidak
senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju
maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati
kamu..
tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas
tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai
tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha
Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk
melaksanakan
amalan-amalan 'tudung'
hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah
SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana
seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua,
.pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam
yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari
didekatkan di atas kepala
kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh
manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,
anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing
masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada
yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia
yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana
hari itu Allah SWT
murka..
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah
hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di
padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,
bila kita tidak
berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan
apa nanti kita akan
menjawab
bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Besar , Yang Maha
Kuat , Yang Maha Agung.
. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana
di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang
jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya
dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,
tuli dan bisu.. wanita
yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya
, wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang
murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT
menerima adikku
disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi
iktibar bagi kita
semua. Wassalam...
( sumber :by akhil john )

~copywrite~

seorang gadis itu


wanita adalah kaum yg penuh emosi namun emosi
itu adalah kekuatan bg seseorg wanita. wanita
dikurniakan dua senjata iaitu malu dan degil. malu
dpt memelihara maruah seorg wanita manakala
degil memelihara akhlaknya..oleh itu gunakanlah
senjata2 itu dgn sebaiknya.....

Some Hadith About Women

Narrated By Abu Huraira: A man came to Allah's
Apostle and said, "O Allah's Apostle! Who is more
entitled to be treated with the best companionship
by me?" The Prophet said, "Your MOTHER." The
man said. "Who is next?" The Prophet said, "Your
MOTHER." The man further said, "Who is next?"
The Prophet said, "Your MOTHER." The man
asked for the fourth time, "Who is next?" The
Prophet said, "Your father."

Vol 8, Book 73.
Good Manners And Form (Al-Adab).
Hadith 002. (Shahi Bukhari)"Paradise lies under
the feet of mothers"

Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit,
manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh cinta,
sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya ...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ilmu,
si teman bicara,
dialah Aishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ..

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh aqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan,
menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucap kata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ..
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,

seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai bidah,
dayah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!


~copywrite`

"dari Hawa buatmu Adam"

Adam.....Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.


Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam...Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.


Adam...Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkanAsalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!


Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.


Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.


Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.
bantulah aku menuju ke landasan yang benar, ADAM RENUNGKAN..

-dari sahabat kepada sahabat-

~copywrite~

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?



Kata orang barat "What's the fuss all about?"

Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.

Permasalahan mengikut usia.

Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.


Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!



Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) ataufacebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...


Cinta agung...

Semoga perhubungan diberkati dan kekal...

Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.

Malaysia Boleh katakan...

Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.

Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.


"Kenapa dia tak call aku hari ni?"

"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?"

Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.

Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.


Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!


Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.


JATUH CINTA
atau JATUH NAFSU?


Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?

Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.


Berhenti dan
Periksa diri Anda.


Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.

~copywrite~
sumber dr http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=

Friday, July 9, 2010

setelah seharian bersamanya..im happy =)



demam da baik da..kiter jalan2..weee...xleh lm2 sbb petang ni ade game bola.nk men ke xnk..adeh..
Oh SITI BELANG..kiter kua ek..g service dalam2 k..huhu..gedik sgguh..haha..on plan dah lm cuma xder masa jer nk kua date berdua ngn siti belan nie..selalu keje je memanjan.g keja balik keja..huhu..ari nie jalan jauh skit.g SUZUKI SERVICE CENTRE..mula2 gerak g PJ kul 12.amik sepupu.pastue g beli engine oil(EO) jenama AGIP..xpenah dengar pown.
xper kasi try..kasi SITI BELANG minum.selalu mhal2 je kasi minum Shell 4T full sentitik..ari nie bg semi jer..huhu..cian.nk wat cmne.filter nk kena tukar.kena tambah 200ml lg..jd 1000+200=1200ml..kenyang ek ko SITI BELANG..huhu..sy kot.ni la kekasih didalam sedih dikala suka dikala derita dikala pnas dikala hujan dikalajauh dikala dekat..huhu..penat lar ride jauh2 nie.panas lak tue.dok berangan nk goldwing.huhu..best kot.ini lah mampu 150cc jer..lapo..huhu..g jlan cari kedai mkn nasi kandar raihan.kata nye ade kas kas..sedap ker..ntah xjumpe pown..yg jumper nasi itik tp kul 3bru bukak..adeh..sedih la..tp ade nasi kukus ayam kampung kasi try =)..huhu sedap la gak..penat kot mkn..mengah2..huhu..gerak balik ari da mcm nk ujan tp xujan pown ;) have a nice day..ngidam ITIK..oh ITIK.. =)...

bola time..la sampai2 umah da kena siap2 men bola.xper2.laki xdapat dipisahkan ngn moto ,bola n keta..huhu..wah jersey baru..hmm..nk main gak.tp cam ramai jerk..hmm..cm best depa men.aku da warmup dah.siap peluh da kering da pown.xdpat men ker?..adeh.sedih..tgk da lead 3-0 aku pon tukar la..ya peluang disitu..adeh melepas la..len kali belajar tamak skit.jgn men pasing jerk..huuu..xper sekurang2 nya hiduup mesti mencuba..kn kn

~adakah aku telah melupakan memori silam??amik masa ler lg..huhu

Saturday, July 3, 2010

Lelaki di akhir zaman



Lelaki di akhir zaman

Ku berfikir…
Lelaki di akhir zaman ini payah untuk ku temui
Yg benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri
Yang ada,kini hanya la sibuk dgn urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya.

Ku berfikir…
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk ku temui
Yang benar-benar takut pada ilahi
Sentiasa mendambakan kasih ilahi
Yang ada,hanya mengharapkan
Kasih insani
Yang melalaikan orang & diri sendiri

Ku berfikir lagi…
Lelaki di akhir zaman ni
Sukar untuk ku temui
Ahli professional yang bertakwa
Yang benar-benar meletakkan islam di jiwa
Menggunakan profesionnya sbg
Matlamat ke akhirat sna…
Yg ada,hnya ahli professional
Yg lalai & leka
Yg hidupnya lebih berat
Ibadah & amal terasa amat berat

Sekali lagi ku berfikir…
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk ku temui
Yg sentiasa bergelumang dgn majlis ilmu yg bermanfaat
Yg sanggup bersusah & penat dalam
Mengejar ilmu
Yg ada kini hanyalah berbangga dgn ijazah yg ada
tP ilmu fardu ain kosong

ku berfikir …
lelaki di akhir zaman ni
susah untuk ku temui
yg suka berbincang ttg ilmu di akhirat
syahid yg sentiasa menjadi matlamat
mensyiarkan Islam & menjunjung syariat
yg ada,cMa menghidupkan sunnah barat.
& melupakan kehidupan akhirat

Ku berfikir
Lelaki d akhir zaman ni..
Sukar untuk ku temui
Yg sentiasa bermunajat & berzikir
Sentiasa bertafakur & berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat & diukir

Namun ku tetap berfikir…
Pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang ku fikir

-dari sahabat untuk sahabat-
~copy write~