pic

pic

Monday, August 30, 2010

Qorin

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Cuti hari tu saya ke kedai buku MUDA OSMAN di Pasir Mas. Saya agak kedekut untuk membelanjakan duit bagi benda lain tapi sangat boros dalam berbelanja untuk buku. Setiap kali ke kedai buku pasti sekurang-kurangnya saya akan membeli sebuah buku walaupun pada mulanya hanya ingin melihat buku-buku yang terbaru memandangkan cuti-cuti ni duit pun dah tak berapa ada cukup untuk keperluan sahaja. Tapi memang tak dapat menahan diri bila tengok buku yang best. Akhirnya saya habiskan RM50 untuk buku.

Salah satu buku yang saya beli adalah Terapi Ruqyah, pendinding gangguan sihir, jin dan syaitan. Saya nak berkongsi sedikit tentang Qorin. Qorin adalah jin yang diciptakan Allah sebagai pendamping manusia. Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai pendampingnya sendiri. Malah Rasulullah SAW juga mempunyai qorinnya, tetapi qorin Baginda telah diislamkan, sedangkan qorin yang berada disamping kita adalah kafir.

Secara dasarnya, Qorin kafir ini mendorong manusia yang didampinginya bagi membuat kejahatan. Dalam masa yang smaa, ia mengganggu manusia daripada melakukan kebaikan. Ia mengganggu manusia ketika solat, membaca al-Quran atau belajar. Ia menimbulkan perasaan waswas dan tidak khusyuk.

Mengimbangi kejahatan Qorin ini, Allah mengutus malaikat bagi membisikkan kebaikan dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan ibadah. Amaka manusia diberikan pilihan untuk mengikut arah yang dikehendakinya. Orang yang berjaya mengatasi hasutan Qorinnya, membuatkan ia lemah dan tidak berdaya. Jika tidak, maka Qorin inilah yang akan menguasainya.

Qorin berpisah dengan manusia yang didampinginya apabila manusia meninggal dunia. Tetapi Qorin ini tidak mati dan terus tinggal di dunia. Tetapi Qorin ini tidak mati dan terus tinggal di dunia. Di akhirat kelak, semua Qorin akan dihadapkan di hadapan Allah bagi diadili. Mereka tidak akan bertanggungjawab di atas segala dosa yang dilakukan oleh manusia yang mereka dampingi, walau pun mereka yang mengajak melakukan dosa tersebut.

Rawatan Mengusir Qorin:

1. Baca surah al-Kafirun dalam seminggu (1002)
2. Baca surah al-Ikhlas dalam seminggu (1002)
3. Baca surah al-Falaq dalam seminggu (1002)
4. Baca surah al-Nas dalam seminggu (1002)

Dengan izin Allah selepas mengamalkan ruqyah ini Qorin yang mengusai manusia dapat dilemahkan. Sehingga kita dapat menyempurnakan ibadah dengan baik. Wallahua'lam.

NUR
~copywrite~

Sunday, August 29, 2010

konvoi teluk intan 8/8/2010



konvoi ini adalah tajaan suzuki dr waziboyz.
bekas pelumba malaysia.wazi abdul hamid.
seramai 100 org pesaerta..
sebelom konvo lg moto dah siap untuk konvoi..
tayar baru koet..hehe..
80/90 depan and 90/80 belakang
jenama my tyre made in taiwan..
entah la saje je nk test..hehe

perjalan mengambil masa 1jam 30 minit
berkumpul di dataran pukul 9.00pagi.
bermula perjalanan...
duta.sg buloh.tnjung malim.tapah.dan sampai la teluk intan..
hehe..laju oo bw moto..meter 120km/j keatas..
adeh..motor da la standart gaban..adoi
kena tgai..jauh2..huhu
pemandu berhati2 katakan..
dalam perjalanan..
ade 5 group..setiap group mengikut kelajuan masing2..hehe..

sampai TI dah tengah ari..org da mula racing da..
relex jap..dah masuk zohor..g la smyg dlu..hehe..
mak pesan.tolong jg solat 5 waktu jgn tggai..

pas solat tu..masuk dlm padang..ade khemah2..mcm2 ada..meriah
g masuk khemah suzuki..pehg..model suzuki..
pegh..seksi.pkai skirt mini sekerat..haha
adoi..mcm best je.tp ntah xder nafsu je..
huhu...sedih2..inilah akibat,pintu hati tertutup.
tgk pompuan seksi gebu cute mute pon xder nafsu..
sebab nk bg normal balik..amik la pic sm2 model..
eleh..bukan suka pon.sj je suka2..sentuh pon x
nk nakal skit2 je..huhu..
tp tgk pic cm ngade2 ngn model.haha

pas 5.00 da abis cuprix..
kitorang pon gerak ke menara teluk intan..
amik pic ramai2..
mcm2 jenis suzuki ade..
terpandang awek tudung kt atas menara..leh tahan comel..
hehe..adakah aku kembali normal??pelik la.yg seksi2 xmau.
nk yg tudung litup je..mybe aku dilindungi dr maksiat..
amin..doa2 dapat jodoh yg baik.isteri yg solehah.
anak2 yg dengar kata..hehe

pas gerak teluk intan.kitorang lalu bidor.mkn di kedai ape ntah.
lambatnye..amik kesempatan solat asar.tp dipendekkan..
maklum la musafir.perjlanan melebihi 2 marhalah@90 km..

da mgrib..kitoang gerak balik Kl beramai2..
di tnjung malim..tiba2.ade sorg mamat ni
kunci hilang..
adoi...carik buka cover set.bogel moto tue..tgk2..
kunci ade kt lantai.pastu bangla tu ubah letak atas pam.adeh..
nasib bek bangla tu ade..hehe..tq bangla..

isi2 minyak.meroket terus balik sg,buluh..pegh..full trotle..
120-145km/j..giler kentang..huhu
tu dia..perjalan sepatut nya 45 minit..tgai 30minit..haha
berehat seketatika di jln duta sebelum balik umah..
sampai2 umah..mandi.solat pe semua..dan lg fb..hehe..
upload pic.. =)..

hati nie suka hapy hapenning
pas konvoi..
alhamdulilah..
allah maha pemurah lg maha penyayang
hati ini terlah bahagia melupakan kenangan lalu..
setelah 8 bulan mutiara di pipi ku mengalir..
dan akhirnya berhenti..dengan serta merta
new live begin.. =)
melanggkah pergi demi masa depan..
selmat tinggal masa lalu..yg menjadi sejarah sbg pedoman
mematangkan diri kita..



Monday, August 23, 2010

konvo ku..1-3 ogos 2010


1ogos
pendaftaran
amik jubah
dinner "arabian night"


2ogos
g MMU
buat latihan amik sijil

3ogos
konvo


~ntah ape yg best tang konvo pon xtau. =( ~


di sebalik takbir...

mula2 hati nie berat nk g konvo..
nk kena jg ati mak abah
nk kena jg ati kwn2
nk kena jg ati semua org
tp..xpenah ade hati pon nk konvo..
mybe terbaca artikel
konvo adalah 1 agenda yahudi..


hmm..ntah la
menempuh cabaran n dugaan..
diganggu sesuatu..
selalu muntah pas mkn :(
sakit...kadang2 muntah darah..
sakit tulang belakang
dah la
bahu bekas excident pon xbek lg..

hmm..setiap dugaan ada hikmahnya..
dalam2 sakit2 kena g konvo lak..
nk tempuhi 3 ari nie..sgguh seksa
sedih..nk jumpa sidia
mulut ketawa riang
dalam hati ngis xberlagu..
ya allah berikan aku kekuatan..

hmm..thanks kepada kwn2
hapy kn aku
kita jalan2 ict
shoping2..almanda
terhibur sekatika...
sory klu kesedihan mempengaruhi kegembiraan


hmm..masa konvo..
takot naik stage.gemuruh..
mmg xbiasa depan org ramai.
ramai gak rupanya dlam dewan tue..
tgk semua ngn family masing2..
pas abis je semua..masing2 dapat bunga.hadiah.
bergambar family,kwn2.couple2 masing..
aku???
sendirian..

call mak n abah nk ucap terima kasih
tp mak xangkat.mak bw abah g cuci buah pinggang..
cuma sms je tu pon xberbalas...
man nk ucap tima kasih bg peluang man study sampai bis diploma.
sampai man berjaya dapat diploma.mak n bah bg dorongan.
bg semangat nasihat duit.man xmampu balas jasa2 mak abah.
hanya cuma mampu ucap tima kasih je..
air mata bergelinangan..

hmm..soal hati
aku dan si dia
adakah dia jodoh bg ku?
masing2 melarikan diri
xpenah nk bersemuka..
mybe smpai disini sj hubungan tu
dan yg lepas biar la lepas
sy still anggap awk sbg kwn
walaupon ape pon terjadi
saya akn tolong...
mybe kenangan lalu akn mematangkan kita berdua.

hmm..akhir sekali
bermula sebuah titik permulaan yg baru
tumpuan kepada masa depan
tumpuan kpd kerjaya
mengejar cita2 sebelum cinta..
moga2 cita2 akan dikecapi
aminn..

~sory pic konvo xbykn xbest.sbb niat mmg xmau p ~

Saturday, August 21, 2010

ogos 2010

bulan cobaan dan dugaan..
konvo..
konvoi..
futsal..
keje..
kg..
family..
kwn2...
puasa
nisfu syaaban


hmm..
nnt la update..
lapo la nk g beli mkn bazar ramadhan.. :)

Friday, August 20, 2010

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Namamu kah yang tertulis di luh mahfuz sana?

Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?

Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?

Jawab pertanyaanku ini.Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan

Kerna jawapannya bukan ditanganmu

Tetapi di tanganNya.

Di tangan Tuhan kita; Allah

Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu

Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku

Aduhai pria

Maafkan aku.

Ketakutanku padaTuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba

Sebelum sampai saat itu,biarkan aku sendiri bersama Si Dia

Akan kucipta cinta bersama Dia

Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat

Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake ofAllah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang

Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu

daripada yang sekarang(permulaan).

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu ,

lalu (hati) kamu menjadipuas.[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu

Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.

Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.(Allah Maha Adil)[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini

jika benar dia tercipta untukmu

tiada apa yang dapatmenghalangnya

sebelum saat itu tiba

berdoalah pada Allah moga

diberi kekuatan

mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,

dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),

dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik

dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yangbaik (pula).

Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu).

Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !

tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu sayang

Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketakwaannya

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu

dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:"Tuhan kami ialah Allah"

kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,

maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;

dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah

Mohonlah kekuatan dariNyaAllah itu dekat

yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,

maka mohonlah perlindungan kepada Allah.

Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui[Fussilat:36]



(iluvilslam...)

~copywrite~